Bismillahirahmanirahim....
Assalamualaikum wbt....
Alhamdulillah..sekejap je dah masuk bulan Mei...Alhamdulillah..masih lagi diberi peluang utk teruskan kehidupan di dunia ciptaan Allah SWT..masih mampu menikmati udara yg segar..suasana aman damai.(walaupun skrg ni dok sibuk perhimpunan BERSIH 3.0, boleh buat huru-hara..) Syukur Allah masih melindungi kita semua dari segala perkara yg tak di ingini...ALHAMDULILLAH..
saat ini..tika ini..ramai sudah sahabat2 yg sebaya missyaya dah bertunang..dah berkawen..dan dah ada anak pun...yg terbaru...dua org sahabat missyaya naik pelamin...Congrats to Marliyana dan pasangannya,mdnor..juga kpd sahabat missyaya iaitu Akmal dan pasanganya Jannah...semoga kalian bahagia hingga ke akhir hayat..dikurniakan anak yg soleh dan solehah...amin...
congrats boths of you Marliyana & md nor...my best friends dari sek rendah,sek meng..untill now..
ni sahabat se UITM...congrats to Akmal & Jannah..
Semoga mereka dpt mgharungi bahtera dan menempuh alam perkahwinan dgn jayanya...mudah2an..amin....hehehe...
ok..kembali topik utama..di manakah tulang rusuk ku..org kata bagi kaum hawa ni..tak payah cari..nnt adam dtg cari kita sendiri..erm..yeke??tapi tak salah kan kita sebagai kaum Hawa cuba mencari..cuma hati tu kena kuat..kena tabah..kena sabar..kena kental dgn cabaran hidup nih..betul tak??erm...tgk kawan2 sume dah naik pelamin..yg dah tunang..yg dah selamat bersalin..mpunyai cahaya mata utk penyeri hidup mereka..alangkah bertuahnya!!!bahagia ku rasakan..tipu lah kalau missyaya xde rasa keinginan nk berumah tangga..of coz lah..apa yg missyaya mahu...hanya satu aje matlamat kahwin missyaya..missyaya mahu mjadi salah seorg ahli Syurga Allah di Akhirat kelak..kerana bila dah kawen,syurga si isteri tletak pada keredhaan si suami.missyaya mahu taat di sisi suami..mahu mbahagiakan dia..missyaya mahu hubungan yg halal..tidak mahu diselubungi dosa2..cukup lah dosa yg ada..tak tertanggung rasanya..
setiap insan mahu kehidupan mereka lengkap..walaupun buat masa ini kita masih mempunyai mak dan ayah..tapi satu hari nnt pasti Allah akan mjemput mak dan ayah kita..dan ktika itu..hanya kita di dunia ni..dan tika itu..kita sebagai kaum hawa..hanya bergantung harapan kpd sokongan suami..kita akan mlalui fasa kekeluargaan seperti mak ayah ita..lebih bermakna kalau ada suami dan anak..penyeri hidup kita di hari tua nnt..cewahh..ayat!! hehe..but itu lah realiti hidup..setiap yg hidup Allah SWT dah tentukn and ciptakan pasangannya..SubhanaAllah..sungguh besar kuasaNya..Dia Maha Melihat lagi Maha Mengetahui apa yg terbaik utk hamba2Nya..Allahuakhbar!!
Yup..skrg ni pun..missyaya sebagai hamba Allah..masih lagi mencari2 di manakah tulang rusuk ku..masih lg tak nampak...mungkin dah ada depan mata tp Allah belum izinkn kita "melihatnya"..SubhnaAllah..kdg2 bila kawan2 mbicarakan topik ni..ada mcm2 pendapat..pelbagai komen..pernah juga ada yg ckp missyaya ni memilih..WHAT???MEMILIH?? of coz not me!! missyaya tak kisah siapa org tu...tak hensem pon tkpe.yg penting.dia mestilah BERAGAMA,mampu MELINDUNG dan mempunyai sifat KEPIMPINAN mcm Rasulullah pimpin keluarga baginda..sentiasa HORMAT org tua...tapi seboleh2nya..kalau bleh di elakkan lah..missyaya taknk suami missyaya tu SMOKE...tapi klu sebaliknya..terima dgn hati terbuka..Astaghfirullah..
kdg2 dalam pada bkawan tu..ada juga yg bkenan di hati..wlapun nawaitu time tu xmo bcinta..tapi hati kita ni kan..Allah dah kurniakan perasaan cinta..kasih sayang sesama insan..siapa kita nk mnafikan kekuasaanNya..Dia hadirkn perasaan(cinta) itu dlm diri kita..tapi..kdg2 yg kita suka tu, tak suka kita pulak...huhu..mcm2 la..kdg2 bila mgalami situasi cmtu..sakit pon ada..kecewa pon ada..sedih pon ada..tpi xde tahap menanges blagu2..hehehe..JIWA KNE KENTAL!! ada sahabat pernah bkata pada missyaya.."hidup ni byk cabaran dan levelnya..memiliki tak semestinya boleh disayangi..dan begitu juga sebaliknya..sayang tak semestinya boleh memiliki.." hurm....fitrah kehidupan..suka tengok kehidupan farahlee and ally iskandar..sweet couple..dan para2 sahabat yg lain..
baru2 ni....missyaya ada bhubung dgn sahabat lama,nun jauh di sana..JB..Alhamdulillah..dia khabarkan berita gembira..dia pregnant!! congrats dear!!! berkat doa2 semua org..bila dia buka topik.."kamu bila lagi??" opssss.....sudahh...haha...missyaya ckp tak tahu lg..hanya dia sisipkan pesanan.."bersabarlah yunk!! pasti ada untuk kamu..kamu kena kuat!!" InsyaAllah dear...thank you so much!!! i'm strong women.. =)
KEPERCAYAAN PADA DIRI SENDIRI, KETEGASAN UTK MENGAMBIL KEPUTUSAN DAN FIKIRAN YG SIHAT ADALAH PENTING DLM PERJALANAN SEBUAH KEHIDUPAN YG PENUH CABARAN...
keberkatan hidup itu terletak pada kedua ibu bapa kita..kerana keberkatan Allah terletak kpd kdua ibu bapa kita....Amin ya Rabbal amin..mudah2an..mungkin dulu missyaya pernah berniat..akan kawen after habes study..mean..study akn tamat bulan OKT 2012..InsyaAllah..mean..mungkin niat itu akan termakbul tak lama lagi..mana tahu kan??!!! Allah Mengetahui..kita hanya merancang..tpi menentukan hanya Dia!!..
pujangga cinta:
~berkahwin itu indah dan nikmat bagi yg benar2 mengamati segala tuntutanNya. Berkahwin itu menjanjikan pahala yg tidak putus2 bagi yg menjadikannya gelanggang untuk menjadikan Syurga sebagai matlamatnya. Berkahwin itu juga sempadan dari ketidaksempurnaan insan kpd kesempurnaan insan bagi yg mengetahui rahsia2. Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi2Nya..bukan kerana perasaan dan mengikuti kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan..tiba masanya ia akan datang menjemput..Namun perlu juga anda membuka lorong2 nya agar jemputan itu mudah sampai.Memang jodoh itu disembunyikan dari pengetahuan untuk mnguji ketaqwaan hamba2Nya....~