Tuesday, 31 July 2012

perspektif JODOH

YANG SALAH

1) Jodoh tak perlu dicari

2) Perempuan hanya perlu menunggu

3) Perempuan tiada banyak pilihan, sebaliknya lelaki banyak pilihan

4) Alang-alang sudah terlanjur, diteruskan sahaja kerana tidak mungkin lagi menemui lelaki/  perempuan yang baik

5) Pasangan yang banyak perbezaan, tidak kekal dalam perhubungan

6) Perlu bercinta sebelum berkahwin

7) Pasangan yang bercinta perlu merapatkan hubungan dengan sentiasa berSMS/jumpa

8) Janji manis pasangan harus dipercayai. Contohnya seorang lelaki yang berkata kepada teman wanitanya, "I takde harta tapi i ada cinta"

9) Contoh lain: "I tak akan usik u sebelum kita nikah"


YANG BETUL

1) Allah menyuruh manusia berusaha

2) Sayidatina Siti Khadijah meminang Rasulullah S.A.W

3) Perempuan berhak memilih

4) Allah sentiasa membuka pintu taubat kepada hamba-Nya

5) Perbezaan boleh menjadikan pasangan dalam perhubungan saling lengkap-melengkapi

6) Ramai pasangan yang bercinta gagal ke gerbang perkahwinan atau perkahwinan tidak kekal. Islam menganjurkan cinta selepas kahwin

7) Selagi belum kahwin, syariat membataskan hubungan antara pasangan. Mereka tak dibenarkan bebas berjumpa atau berSMS sehingga melalaikan

8) Lelaki demikian sebenarnya tidak bertanggungjawab kerana tak bekerja keras mengumpul kewangan utk menyara bakal pasangannya. Hidup berumah tangga memerlukan banyak tanggungjawab yg perlu disempurnakan tmasuk mnyediakan keperluan untuk ahli keluarga. Semuanya memerlukan belanjawan

9) Dengan sebab wanita mempercayai lelaki, dia mula mengikuti pasangannya ke mana sahaja yg dibawa. Oleh itu, tak hairanlah apabila realiti menunjukkan ramai pasangan sebegini akhirnya terjebak dalam kancah perzinaan

cinta yang meminggirkan cinta Allah amat rendah mutunya dan tidak tahan uji. Apabila wajah kendur, cinta luntur. Apabila kemudaan hilang, sayang terus melayang. Sebaliknya cinta Allah mampu mengekalkan, malah boleh meningkat lagi rasa cinta walaupun perubahan fizikal berlaku kerana tapak cinta itu di hati, bukan di mata........

berhati-hatilah hamba Allah........

sAbaR itu iNdah!!!!!

sabar itu ganjarannya Syurga....

~dengan keyakinan itu, penderitaan yang sedikit dan sementara di dunia mampu dihadapi kerana mengharapkan kenikmatan yang lebih baik dan berkekalan di Syurga...~

SESUNGGUHNYA.........

yakni hati yang tenang, lapang dan tenteram adalah hati hamba itu hanya mengadu kepada PenciptaNya tatkala berdepan dengan ujian dunia. Mungkin hati yang sebegitu belum kita miliki, namun itulah hati yang menjadi idaman dan perjuangan kita untuk mendapatkannya...

Ya, semoga kita terus bersabar dalam mendidik diri untuk memiliki kesabaran yang indah itu kerana kita yakin keindahan bukan hanya ada di hujung jalan, tetapi ada di sepanjang jalan. Jalan menuju sabar yang indah itupun sudah indah!! Alhamdulillah...

Tuesday, 24 July 2012

:: dugaAn daTang ketiKa kejAyaaN meNghampiRi!! ::

:: THINK DO BE POSITIVE!!!!! ::

dugaan datang tak kira masa..dugaan datang tak kira hari...dugaan datang tak kira siapa kita..dugaan datang tak kira kita sakit atau sihat..dugaan datang tak kira jam..tak kira minit..tak kira saat..tak kira kita bayi,kanak2,remaja,dewasa atau tua....

semua dugaan yg dtg dlm hidup missyaya itu lah yg mjadi ibu bapa kpd kehidupan missyaya..dugaan Allah nk bagi..bukan missyaya mintak ni semua...mungkin missyaya tak nmpk lg...akan dtg mungkin missyaya nampak...Ya Allah...

saat missyaya menghampiri kejayaan yg missyaya idamkan..dtg pulak hadiah yg Allah bagi..iaitu DUGAAN.....Ya Allah...mungkin Allah nk tgk sejauh mana missyaya berusaha utk capai kejayaan tu..DIA nk tgk kegigihan missyaya capai kejayaan tu...mampukah missyaya???

lg 4 bulan lg missyaya nk capai kejayaan itu!!! tapi...missyaya jugak perlukan sokongan dari family..dari sahabat...dari teman2 missyaya..missyaya need support!! who can give me support? always advice me...support me...can stay by my side....erm.....i need some one!!

tapi itu bukan alasan utk missyaya mengaku kalah...belum berjuang di medan perang sudah mengaku kalah...itu bukan prinsip missyaya!! missyaya akan cuba hadapi dugaan tu..always think positive!!! Allah mungkin taknk bagi kita lalai...dan sebenarnya lagi setapak kita melangkah ke kejayaan tersebut.lg kita kena hati2..sbb kdg2 kita mudah lalai..mula mdabik dada..hingga mbuatkan kita silap langkah..dan ia membuatkan kita terglincir utk langkah terakhir!!

TERIMA KASIH ALLAH... ~





Monday, 23 July 2012

Ramadhan Al-Mubarak 2012

Bismillahirahmanirahim....
Assalamualaikum wbt...

1st ly, missyaya nk ucapkan selamat menyambut ketibaan bulan mulia...bulan Ramadhan Al-Mubarak..

~SELAMAT MENGERJAKAN IBADAH PUASA DENGAN PENUH KEIMANAN DAN KEIKHLASAN~

Alhamdulillah...syukur kpd hadrat Illahi di atas limpah kurnia dan rahmatNya...syukur masih di beri peluang untuk merasai nikmatnya bulan Ramadhan yg mulia ni...Alhamdulillah... =)
gunakan peluang yg ada dengan sebaik2nya...

:: Menahan lapar dan dahaga dari terbit sehingga terbenam matahari itulah yg kita hadapi pd bulan ini.perbanyakkan amalan dan kurangkan kemungkaran..semoga hidup kita mencapai matlamat. ::

sama2 la kita KEJAR harta Akhirat yg sudah tsedia bentang luas ni..kalau yg sibuk mgurus bisnes tu...tangguh2 kan dulu sementara..tunaikan kewajipan kpd Nya..puasa ini akan SIA2 kalau kita tak beramal...rajin2 lah solat...kawal segala percakapan kita...kawal tingkah laku kita..kawal nafsu kita..dan mungkin bg mereka yg sebelum ni jahil gile2, tapi dah berniat nk berubah tu..hah..gunakan keberkatan bulan Ramadhan ni sbgai PLATFORM utk berubah mjadi lebih baik..Allah sentiasa mbuka pintu taubat untuk hamba2Nya...belum terlambat lg kita utk berubah...

biarkan org nk kata apa...kita tetapkan NIAT kita..kita teruskan niat kita..kerana hanya Allah yg menilai setiap niat dan tindakan kita..bukan mereka (manusia) yg menilai kita..kerana mereka juga bukan nya sempurna!! sebelum ni pun missyaya kejap p terawih...kjap tak..ada time dtg malasnye nk p terawih..TAPI tahun ni..missyaya dah berazam nk full terawih..nk kumpul bnyk2 pahala...nk cari harta akhirat..mudah2an bnyk bekalan yg boleh di bawa missyaya ketika di MATI nnt...

so,bulan Ramadhan ni....rajin2 kan diri pergi solat TERAWIH...rajin2 kan diri baca AL-QURAN (at least 20 ayat utk satu hari)..rajin2kan diri buat pahala lebih..dan paling utama...jgn lah terlalu BOROS ketika pergi bazar ramadhan tu..... ok!!

ok lah....setakat ni je la missyaya dpt conteng blog ni..nnt ada masa terluang...missyaya conteng blog ni lg...SELAMAT BERPUASA SEMUA!!!



Wednesday, 18 July 2012

mUhasaBah diri :: ingAt kAn diri iNi tEtaP aKan mAti..

TANDA2 AKHIR KEMATIAN DAN KAITAN DENGAN WAKTU ASAR

100 hari tanda sebelum kematian::

blaku slps Asar iaitu seluruh tubuh dari hujung kepala hingga hujung kaki akan mgeletar..bagi mereka yg x sedar2 tu, yg tlampau hanyut dgn nikmat duniawi..tanda itu akan lenyap tanpa sebarang manfaat..bagi yg dah sedar dgn tanda2 ni, bsiap sedia lah diri dgn amalan yg akan di bawa nnt..

40 hari tanda sebelum kematian::

blaku slps asar juga, di mana bahagian pusat kita akan bdenyut2..pada ketika itu, daun yg tertulis nama kita akan gugur dari pokok yg letaknya di atas Arash Allah SWT..

Maka malaikat maut dtg mgutip daun tersebut lalu dia mengikut kita sepanjang masa...adapun Malaikat maut ini wujud, cuma seorg tapi kuasanya utk mcabut nyawa adalah bsamaan dgn jumlah nyawa yg akan dicabutnya.

7 hari tanda sebelum kematian::

diuji dgn musibah kesakitan di mana org sakit yg tidak makan tiba2 ianya bselera utk makan.

3 hari tanda sebelum kematian::

ketika itu akan terasa denyutan di antara tengah dahi kita iaitu antara dahi kiri dan kanan. Jika kita dpt mgesan tanda ini, maka bpuasalah kita slps tanda itu supaya perut kita x mgandungi bnyk najis dan ini memudahkan org mguruskan jenazah kita nnt..

ketika itu jugak mata hitam kita takkan bsinar lg..dan bg org yg sakit akan merasa hidungnya plahan2 jatuh.Ini dpt dkesan jika kita melihat dari bahagian sisi..telinganya akan layu di bahagian hujung beransur-ansur masuk ke dlm..telapak kaki yg tlunjur akan bransur2 ke depan dan tak boleh ditegakkan.

1 hari tanda sebelum kematian::

akan blaku sesudah asar..di mana kita akan merasa satu denyutan di sebelah blkg iaitu di kwsn ubun2. itu tandanya kita tak sempat bertemu dengan asar esoknya..

Ada apa dengan waktu Asar????

Mengapa bukan pada waktu yang lain subuh, zohor, maghrib mahupun isyak?!

kebaikan sOlat Asar...

kelebihan solat pada waktu asar.di kaitkan pada waktu ini tdapat frekuensi warna oren yang mlambangkn kreativiti. Org yang tertinggal waktu asar dikatakn akan hilang daya kreativitinya dan sebab itulah jika kita tidur (jasad terpisah dari rOh), kemungkinan kita kurang daya kreativiti or kurang waras......

#semOga kita sedar dan sentiasa mengingati akan kematian itu#

Tuesday, 17 July 2012

hiDup itu hanya Seketika cUma...

PERGINYA SEORANG SAHABAT DARI MUKA DUNIA INI.........

hari: ISNIN bersamaan 16 Julai 2012, 26 Syaaban 1433 H..
jam: 5.30 petang
situasi ketika itu: aku tengah buat roti jala...

i love you baby...my boy..i love you......lagu kumpulan Girl's day_cupid..handphone aku nyaring berbunyi tanda ada panggilan masuk..aku yg tengah dok buat roti jala..tangan penuh minyak cepat2 aku lap kat seluar..(pengotor sat...time urgent je la..) then terus pick phone..kwn aku,ikin call..

ikin: Assalamualaikum dayah..aku ni..
aku: Wa'alaikumusalam wbt...hah,ikin.apehal kau call aku ni??
ikin: dayah,kau kenal izzah dollah tak?
aku: eh,apa pulak tak kenal..kwn aku tu..dari skolah rendah lg..sekampung je..apehal dgn dia?
ikin: aku nk bgtahu ni...dia dah meninggal...
aku: (tergamam sketika...Inalillah....terkejut..terlepas sudip yg aku tgh pegang...) yeke ikin?serius ni?
ikin: yela..serius la ni..
aku: erm.dia sakit apa?
ikin: ntah la..aku dgr dia ada ketumbuhan dlm perut..pukul 5 ptg td dia meninggal..mlm ni kita dtg melawat jenazah ea...
aku: ok..nnt kita p melawat..Assalamualaikum.
ikin: wa'alaikumusalam..

aku terkejut...m'gigil sat tangan ni...nk nanges tp tak tkeluar air mata...aku tertanya2 apa sebab dia meninggal..padahal xde dgr khbr pun dia sakit ke apa...Ya Allah..Kau ambil nyawa hamba Mu tak kira usia..

waktu: MALAM
jam: 8.45 malam
lokasi: dalam kereta

aku,ikin,ceah,zulaikha dan ain melawat jenazah sahabat ku,Izzah Dollah..masa sampai tu..tgk org x ramai sgt..sbb maybe ramai yg masih tak tahu..sampai muka pintu..jelas terpampang..terbaringnya sekujur tubuh sahabatku...jantung aku dah tak menentu..kejap laju..kejap slow...dup dap..dup dap..
nampak mak sahabatku tgh sandar badan mghadap jenazah..mungkin penat menangis..kami berlima dtg dan salam mak dia...muka mak dia tenang je..kami duduk sblh mak shbt ku..

makcik: terima kasih ye anak2 dtg melawat anak makcik..
ceah: kami dpt berita ni pun kwn2 yg khabar kan..takziah ye makcik..mcm mana boleh jd makcik?
makcik: dia ngadu sakit kepala...telan panadol 2 biji pun tak sembuh2 juga..dia kena ahad mlm isnin..pastu,pagi td dia muntah2 teruk..mgadu tak tahan sakit kepala..tu yg makcik family bawak dia p hospital..doktor check...doktor pun tak tahu dia sakit apa..tak lama tu..dlm kol 4 ptg td dia hembus nafas terakhir...
kami berlima: ooooo........takziah ye makcik...
aku: makcik...toilet mana?kami nk amik wudhuk..nk baca Yassin.

makcik pun tunjuk arah toilet dan aku dan kwn2 terus p amik wudhuk..dah sudah tu..kami duk bsimpuh dekat jenazah sambil sedekahkan Yassin dan Al Fatihah kat arwah..mula2 tu aku baca tenang je..baru tiba separuh ayat..aku dah sebak....aku tak tahu kenapa...lps tu ada bbrpa org tetamu nk balik..dorg salam makcik..then..nktgk muka arwah..aku terpndang muka arwah masa makcik buka kain batik..sungguh....aku sayu...hati merintih...."izzah...izzah...izzah...cepatnya kau pergi...Ya Allah..." aku rasa time tu aku dah tak bley tahan empangan air mata ni...mata aku dah kabur..kabur...kabur...ayat Yassin aku dah tak nmpk dgn jelas....aku tersedu2...aku sedih...perginya seorg sahabat....aku lap air mata yg bjurai2...hingus yg mleleh2 kat hidung ni...aku senyap..tenang kan diri..then,sambung baca Yassin...kwn2 yg lain pun dah bjurai2 air mata..lama juga aku baca..siap ada bacaan tahlil lg..itu pun ada makcik yg conduct..aka bekas cikgu Fardhu Ain aku masa kecik2 dulu..aku dan tetamu yg lain turut baca dan amin kan....air mata kembali jatuh...laju selaju mcm air terjun Gunung Ledang turun......hanya Allah yg tahu apa yg aku rasa kini..

tepat jam 10.30 mlm..kami berlima mahu beredar balik..aku salam tangan dan cium tgn makcik...cium muka makcik sambil bisikkan ke telinga..."takziah makcik.." kmudian..aku salam tetamu yg lain..dan minta izin utk tatap muka arwah utk kali terakhir...time tu aku dah melalak habis...rasa mcm tak sanggup nk tgk muka arwah tp hati meronta2 nk tatap..makcik pun buka kain batik yg mnutupi muka arwah..Ya Allah...Kau Maha Berkuasa!! Subhanallah...aku tgk arwah senyum...wlaupun pucat..seri tu masih ada...bersih tpancar...aku kuatkan hati ku sambil mdekatkan muka ku dkt arwah..aku tunduk dan cium muka dahi arwah..Sejuk!!! hati aku hiba...aku bisikkan kat arwah..."Izzah...semoga kau aman di sana...aku ampun kan dosa kau..aku halalkan makan minum kau..tunggu aku ye...selamat tinggal sahabat.." aku paling kebelakang sambil menangis..tutup muka aku...aku sedih!! aku lap air mata yg laju mgalir...hati istighfar byk kali...dlm otak sentiasa tbayang dosa2 aku..aku insaf!! sesungguhnya amalan yg mjadi teman kita bila mati..sempat kah aku bertaubat???sempat kah aku mintak ampun kpd org yg pernah aku sakiti spanjang hidup aku??sempatkah aku bahagia kan mak ayah aku??sempatkah aku bertaubat?? aku tak bsedia nk masuk dunia lain..aku tak dpt bygkan saat aku mati...Ya Allah..sungguh..mengigati kematian itu mdekatkan aku dengan MU..dan mati itu semestinya itu aku bhadapan dgn Mu Ya Allah..

malamnya...aku tak boleh pejam mata...aku tbayang2 muka arwah yg putih..yg chubby...yg suka senyum...yg suka gelak...aku rindu dia...kali terakhir aku jumpa dia masa bulan 2..dia dtg ambil kuih yg ditempah kat mak aku...itu la kali terakhir!!!

Sesungguhnya Allah itu lebih sayangkan hamba2 Nya..mati itu tak kira umur..masih lahir pun DIA boleh ambil nyawa itu..inikan kita yg dah mginjak dewasa dan mnuju ke arah zaman tua..Soal ajal maut, jodoh pertemuan itu kuasa Allah SWT..kuat mana pun kita berusaha,hebat mana pun kita menentang dugaan, kita tetap akan mghadap Allah SWT..kadang2 kita manusia ni..tp lebih aku fokuskan utk diri aku sendiri..kdg2 aku ni hampir terlupa hakikat yg manusia bukan hidup di dunia ini semata-mata..kerana masih ada alam kekal yg mnjadi tempat perhitungan sebenar nnt...aku harap aku diberi kesempatan utk bertaubat kepada Mu Ya Allah...tak tertanggung rasanya dosa2 yg aku pernah lakukan sblum ini..tak kira dosa kecil mahupun dosa besar...banyaknya tak terkira...

:: Nur Izzah bt Dollah..kau dalam kenangan.. ::
~21 Ogos 1988 - 16 July 2012~

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

( korus )
Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

( korus ) Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati

Tuesday, 3 July 2012

- dia main nyorok-nyorok!! -

# cinta itu macam main nyorok-nyorok...kita tahu ada orang menyorok tetapi kita TAK tahu dekat mana orang itu menyorok!! yang pasti ia ada...kita pun mencari-cari.. Ada yang jumpa dan ada yang tidak.. tapi jangan risau, bila orang tu dah PENAT menyorok, akan tiba masanya dia meMUNCULkan dirinya di depan kita...... SAMADA cari atau tidak, ia tetap ada dan kita tetap akan melaluinya... Sama ada CEPAT atau LAMBAT sahaja.... #