Tuesday, 31 July 2012

perspektif JODOH

YANG SALAH

1) Jodoh tak perlu dicari

2) Perempuan hanya perlu menunggu

3) Perempuan tiada banyak pilihan, sebaliknya lelaki banyak pilihan

4) Alang-alang sudah terlanjur, diteruskan sahaja kerana tidak mungkin lagi menemui lelaki/  perempuan yang baik

5) Pasangan yang banyak perbezaan, tidak kekal dalam perhubungan

6) Perlu bercinta sebelum berkahwin

7) Pasangan yang bercinta perlu merapatkan hubungan dengan sentiasa berSMS/jumpa

8) Janji manis pasangan harus dipercayai. Contohnya seorang lelaki yang berkata kepada teman wanitanya, "I takde harta tapi i ada cinta"

9) Contoh lain: "I tak akan usik u sebelum kita nikah"


YANG BETUL

1) Allah menyuruh manusia berusaha

2) Sayidatina Siti Khadijah meminang Rasulullah S.A.W

3) Perempuan berhak memilih

4) Allah sentiasa membuka pintu taubat kepada hamba-Nya

5) Perbezaan boleh menjadikan pasangan dalam perhubungan saling lengkap-melengkapi

6) Ramai pasangan yang bercinta gagal ke gerbang perkahwinan atau perkahwinan tidak kekal. Islam menganjurkan cinta selepas kahwin

7) Selagi belum kahwin, syariat membataskan hubungan antara pasangan. Mereka tak dibenarkan bebas berjumpa atau berSMS sehingga melalaikan

8) Lelaki demikian sebenarnya tidak bertanggungjawab kerana tak bekerja keras mengumpul kewangan utk menyara bakal pasangannya. Hidup berumah tangga memerlukan banyak tanggungjawab yg perlu disempurnakan tmasuk mnyediakan keperluan untuk ahli keluarga. Semuanya memerlukan belanjawan

9) Dengan sebab wanita mempercayai lelaki, dia mula mengikuti pasangannya ke mana sahaja yg dibawa. Oleh itu, tak hairanlah apabila realiti menunjukkan ramai pasangan sebegini akhirnya terjebak dalam kancah perzinaan

cinta yang meminggirkan cinta Allah amat rendah mutunya dan tidak tahan uji. Apabila wajah kendur, cinta luntur. Apabila kemudaan hilang, sayang terus melayang. Sebaliknya cinta Allah mampu mengekalkan, malah boleh meningkat lagi rasa cinta walaupun perubahan fizikal berlaku kerana tapak cinta itu di hati, bukan di mata........

berhati-hatilah hamba Allah........

No comments:

Post a Comment