sabar itu ganjarannya Syurga....
~dengan keyakinan itu, penderitaan yang sedikit dan sementara di dunia mampu dihadapi kerana mengharapkan kenikmatan yang lebih baik dan berkekalan di Syurga...~
SESUNGGUHNYA.........
yakni hati yang tenang, lapang dan tenteram adalah hati hamba itu hanya mengadu kepada PenciptaNya tatkala berdepan dengan ujian dunia. Mungkin hati yang sebegitu belum kita miliki, namun itulah hati yang menjadi idaman dan perjuangan kita untuk mendapatkannya...
Ya, semoga kita terus bersabar dalam mendidik diri untuk memiliki kesabaran yang indah itu kerana kita yakin keindahan bukan hanya ada di hujung jalan, tetapi ada di sepanjang jalan. Jalan menuju sabar yang indah itupun sudah indah!! Alhamdulillah...
No comments:
Post a Comment