Setiap daripada kita dilahirkan drpd rahim seorang ibu. Biar sehebat mana kita membenci diri sendiri, jgn pernah lupa bhwa suatu ketika dulu...kelahiran kita pernah disambut penuh tawa, riang gembira oleh ayah dan ibu. Biarpun satu dunia membenci, INGATLAH bahawa kita tetap istimewa!!.. Oleh sbb itulah Allah masih mbenarkan kita hidup bnyawa. Jika ada satu perkara yg harus kita sedari supaya kita tidak berasa lemah, itulah dia.."WE ARE SPECIAL!!!~~" Kita punya Akal. Jika tidak, mustahil kita dapat membaca artikel ini bukan???!... Akal adalah anugerah Allah yg tidak terhingga. Ia mbezakan antara manusia dgn haiwan, juga tumbuh-tumbuhan..~
Manusia yg sering mghina diri sendiri & bsikap lemah di hadapan org lain sbenarnya sedang bsikap kufur dgn nikmat Allah.. Dia tak tahu mghargai nikmat akal yg dianugerahkan kepadanya. Seolah-olah penghormatan Allah itu tidak mahu diterima dan dianggap tak bnilai!! Persepsi ini yg biasa mereka katakan.."aku bodoh, mereka pandai.....aku lemah tak punya apa2, mereka hebat!!" Orang yg tidak tahu mghargai diri sendiri adalah org yg tidak tahu berterima kasih dan bsyukur kpd Allah. Maka, menyedari bahawa anda semua adalah istimewa adalah jalan menuju syukur....
Firman Allah: Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya) [At Tiin:4]
Keangkuhan kita, keengganan kita untuk menghargai ciptaan Allah, iaitu diri sendiri boleh mgundang murka Allah dan mjatuhkan martabat kita di sisi-Nya..
Firman Allah: Kemudian (jika ia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah.) [At Tiin:5]
Apabila kita telah mnyedari bhwa kita adalah ISTIMEWA, kita akan lebih bsyukur. Kesyukuran itu mbawa kita mgunakan segala keistimewaan utk berbakti dan taat kpd Allah. Kesedaran itu juga akan mgubah persepsi kita dalam kehidupan dan mjadikan lebih bertenaga untuk mlangkah!! Kita tak lagi merasa sedih dan lemah di sisi manusia. Bahkan, itulah yg dikehendaki Allah!!~ Kesimpulannya, ada 1001 sebab yg boleh kita rungkaikan utk mbuktikan anda adalah ISTIMEWA!!
No comments:
Post a Comment